Tular Video Monyet Dalam Zoo Hunus Pisau Tajam, Ramai Anggap Macam Babak Filem

Pengunjung di sebuah zoo di England terkejut apabila melihat seekor monyet jenis Tonkean sedang memegang sebilah pisau dan menghunusnya kearah monyet-monyet lain.

 

Menerusi video tular, kejadian berlaku di Zoo Chester, Cheshire baru-baru ini hinggakan pengunjung menganggap kejadian itu sama seperti dalam babak filem Planet of the Apes.

tular video monyet dalam zoo hunus pisau tajam, ramai anggap macam babak filem

Menurut laporan, pisau itu dipercayai tertinggal secara tidak sengaja oleh kontraktor yang ditugaskan memotong pokok dalam kandang zoo berkenaan.

 

Video menunjukkan monyet berkenaan menghempas pisau tajam itu ke dinding kaca, sebelum ia berlegar-legar di kawasan kandang dengan pisau dalam genggamannya.

tular video monyet dalam zoo hunus pisau tajam, ramai anggap macam babak filem

Aksi monyet daripada spesis terancam itu mendapat perhatian ramai pengunjung yang berpusu-pusu melihat gelagatnya.

 

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan pisau itu berjaya dibawa keluar pihak pengurusan zoo.

 

"Sebaik pisau itu terlepas daripada genggaman dan jatuh ke tanah, monyet-monyet lain seolah-oleh bergaduh kerana masing-masing mahu memegangnya.

"Apa pun, ia situasi yang kami sekeluarga tidak pernah alami sebelum ini dan ia benar-benar seperti babak dari filem Planet of the Apes," kata Marc Shingler.

 

Sumber: Sinar Harian