Monyet Curi iPhone Mahu Diberi Makanan Dulu Sebelum Setuju Pulangkan [Video]

Seekor monyet di India telah menjadi perhatian ramai selepas mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki dan meminta makanan sebagai pertukaran.

monyet curi iphone mahu diberi makanan dulu sebelum setuju pulangkan [video]

Menerusi video yang tular, kejadian dipercayai berlaku di bandar Vrindavan pada 6 Jan lalu.

 

Kelihatan dalam video itu dua ekor monyet yang sedang duduk di atas tembok bersama seekor lagi monyet yang sedang memegang telefon pintar berjenama iPhone milik lelaki tersebut.

 

Orang ramai juga dilihat mengelilingi kawasan itu dan cuba untuk mendapatkan kembali telefon berkenaan.

 

Mereka kemudian sepakat untuk memberi sebungkus makanan berupa minuman berperisa manga kepada monyet itu, sebelum ia melempar kembali telefon kebawah.

 

@metropolesoficial ♬ som original - Metrópoles Oficial

 

Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata membanjiri ruang komen dengan berpendapat haiwan itu telah belajar taktik mencuri dengan baik.

 

“Ini kita panggil sebagai sistem barter,” demikian menurut komen seorang netizen.

 

Sumber: Instagram