Disebabkan terlalu suka warna pink, seorang influencer dari Brazil kini memilih untuk hidup sebagai Barbie.
Bruna Carolina Peres juga mendapat jolokan Barbie Brazil mendakwa terlalu suka warna pink, meskipun beliau pada awalnya bukanlah penggemar Barbie.
Menurut Bruna, beliau mula mengenakan pakaian pink sejak zaman remaja dan ketika itu rakan-rakannya membandingkan Bruna dengan karakter pelakon Reese Whitherspoon dari filem Legally Blonde dan juga Barbie.
Sejak dari itu juga, Bruna mulai hidup dalam persekitaran merah jambu, termasuklah tinggal dalam suasana rumah dengan warna berkenaan.
"Saya bermula dengan berkongsi gambar, video dan gaya hidup di media sosial setiap hari pada 2013 dan hari ini ia menjadi kerjaya.
"Peminat saya daripada pelbagai golongan, daripada yang berkongsi rasa suka merah jambu sehinggalah mereka yang tidak berapa gemar," katanya.
Bruna kini merupakan antara influencer yang popular di Brazil dengan 10 juta pengikut Tiktok, 2.4 juta di Youtube dan lebih 300 ribu di Instagram.
Terdahulu, seorang lelaki dari India juga terlalu obses dengan warna merah dan putih, hinggakan kehidupannya juga dikelilingi dengan dua tona warna ini.
Sumber:
Oddity Central