Wanita Ini Jana Pendapatan Dengan Hanya Menjerit

Pernahkah anda menyangka dengan menjerit sekuat hati anda sebenarnya boleh menjana pendapatan bulanan?

.

Itu sebenarnya yang dilakukan Ashley Peldon, seorang artis profesional yang dikhasnya untuk menjerit sekuat hati bagi menghasilkan audio khas kepada filem dan juga drama televisyen.

wanita ini jana pendapatan dengan hanya menjerit

Sama seperti pelakon aksi lagak ngeri, artis jerit bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia boleh mendatangkan kecederaan serius kepada vokal dan kotak suara seseorang itu jika tidak dilakukan dengan betul.

.

Ashley Peldon adalah salah seorang artis jerit yang boleh menghasilkan pelbagai nada dan bunyi jeritan untuk kegunaan dalam filem dan siri TV.

wanita ini jana pendapatan dengan hanya menjerit

“Kami sama seperti pelakon aksi lagak ngeri, melakukan perkara yang sukar hingga boleh menjejaskan suara sendiri.

“Sebagai artis jerit, anda perlu mengetahui perbezaan halus antara jeritan dan tentukan sama ada ia akan memuncak pada titik tertentu, atau kekal stabil untuk masa yang sangat lama," katanya.

Beliau yang mula terlibat dalam dunia belakang tabir pembikinan filem dan drama seawal usia 7 tahun, selaku pelakon suara dalam filem Child of Anger, terpaksa menggunakan suara jeritannya bagi melakonkan watak kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. Beliau yang kini sudah berusia 38 tahun sudah merakamkan lebih 40 filem dan drama untuk babak menjerit.

 

Menurut Ashley, terdapat banyak babak yang memerlukan jeritan seperti jeritan ketakutan, kemarahan, dendam, kegembiraan, kesakitan dan banyak lagi. Kesemua jeritan itu pula adalah berbeza dan memerlukan mood tertentu sebelum berjaya menghasilkannya.

 

Sumber: [1]