Puluhan orang yang mengambil bahagian dalam pengebumian di Peru baru-baru terkejut selepas wanita yang dikebumikan didakwa mula memukul keranda dari dalam.
Akhir bulan lalu, Rosa Isabel Cespedes Callaca, seorang wanita berusia 36 tahun dari Lambayeque, Peru, abang iparnya, dan tiga anak saudaranya terlibat dalam kemalangan kereta serius sehingga meragut nyawa kedua-dua individu dewasa itu dan meninggalkan kanak-kanak tersebut dengan kecederaan kritikal.
Pada 26 April, saudara-mara Rosa berkumpul di Lambayeque untuk mengembumikan jenazahnya.
Bagaimanapun, salah seorang saksi pada ketika itu mengatakan orang ramai mula mendengar ketukan dari dalam keranda wanita terbabit.
Apabila keranda tersebut dibuka, orang ramai yang berada di acara pengebumian itu terkejut melihat Rosa merenung mereka.
“Dia membuka matanya dan berpeluh,” kata penjaga tanah perkuburan Juan Segundo Cajo.
“Saya segera pergi ke pejabat saya dan menghubungi polis.”
Masih dalam ketidakpercayaan, keluarga wanita itu mengambil keranda tersebut dan bergegas ke Hospital Rujukan Ferrenafe di Lambayeque, dengan Rosa masih berada di dalamnya.
Doktor di sana mengesahkan tanda-tanda penting, walaupun dia telah disahkan meninggal beberapa hari lebih awal dan meletakkannya pada sokongan hayat.
Malangnya, Rosa meninggal dunia hanya beberapa jam selepas dia dibawa ke hospital.
Bagaimanapun, berikutan kejadian itu, tiada sesiapa yang dapat menafikan hakikat bahawa dia sebenarnya mati hidup kembali hanya beberapa saat sebelum diturunkan ke tempat pengebumiannya.
Pihak polis telah pun membuka siasatan perkara tersebut selepas kes aneh itu menjadi tular namun masih belum melaporkan sebarang dapatan.
Keluarga wanita itu percaya bahawa dia koma selepas kemalangan kereta itu, tetapi mencetuskan persoalan tentang bagaimana pihak hospital boleh terlepas pandang tanda-tanda yang dia sebenarnya mungkin masih hidup pada ketika itu.
Terdapat segelintir individu yang mengatakan pihak hospital mungkin mengisytiharkan Rose meninggal dunia pada kali pertama kerana mereka tidak mempunyai sumber yang mencukupi bagi meneruskan seorang pesakit koma bersama bantuan hayat untuk tempoh lama.
Bagaimanapun, ramai yang meminta siasatan menyeluruh diteruskan bagi mendedahkan kebenaran.
Sumber: [1]