Mat Saleh Ini Makan Nasi Lemak Sekali Dengan Daun Pisangnya, Warganet Terkesima [Video]

Nasi lemak merupakan antara makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja dimakan ketika waktu pagi, malah hingga ke malam nasi lemak boleh menjadi santapan seisi keluarga.

 

Keenakkan nasi lemak bukan sahaja menjadi pilihan rakyat di negara ini, malah warga asing turut menggemari nasi lemak dek kerana bau dan rasanya yang lazat.

 

Baru-baru ini, beberapa influencer yang terkenal dalam bidang e-sukan telah dilihat mencuba nasi lemak bungkus dalam sebuah program realiti yang bersiaran langsung di Kuala Lumpur, menerusi Youtube.

mat saleh ini makan nasi lemak sekali dengan daun pisangnya, warganet terkesima [video]

Namun apa yang mencuri perhatian warganet adalah aksi salah seorang seorang influencer luar negara, Slacks, yang selamba makan nasi lemak berserta dengan daun pisang pada bahagian luarnya.

mat saleh ini makan nasi lemak sekali dengan daun pisangnya, warganet terkesima [video]

Tindakan itu mengundang perhatian penonton yang memberitahu beliau bahawa daun pisang itu sebenarnya tidak boleh dimakan, dan rata-ratanya tertawa melihat mat saleh ini mengeluarkan semula daun itu dari dalam mulutnya.

mat saleh ini makan nasi lemak sekali dengan daun pisangnya, warganet terkesima [video]

mat saleh ini makan nasi lemak sekali dengan daun pisangnya, warganet terkesima [video]

“Apa? Saya tidak sepatutnya makan daun itu? Saya ingatkan ia untuk dimakan,” kata Slacks dengan mulut yang penuh.

 

 

Menerusi ruang komen, rata-rata terhibur dengan aksi bersahaja influencer itu.

Sumber: X / Youtube