Dapat Masuk Percuma Kalau Boleh Dodoikan Anak Kambing

Adakah anda seorang yang mahir dalam mendodoikan anak hingga tertidur?

.

Jika YA, mungkin anda boleh mendodoikan anak kambing di sebuah ladang ternakan dekat timur Jepun ini bagi mendapatkan kemasukan percuma.

dapat masuk percuma kalau boleh dodoikan anak kambing

Ladang ternakan Mutsuzawa Yagi Bokujo menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung yang boleh menidurkan anak kambing dalam pelukan mereka. Ia dibuat sebagai satu inisiatif untuk memberi ketenangan kepada pelawat dan juga anak kambing yang memerlukan kasih sayang.

.

Acara memeluk anak kambing itu menjadi tular selepas rakaman video yang memaparkan dua wanita iaitu ­­Mai ito, 37, dan Shizuka, 35, memeluk anak kambing hinggakan ia kelihatan semakin mengantuk ketika cuba ditidurkan.

.

Pada awalnya kedua-dua wanita itu kelihatan sukar untuk memeluk haiwan itu tetapi selepas merka mendodoinya dengan perlahan, anak-anak kambing itu menjadi jinak dan lena.

dapat masuk percuma kalau boleh dodoikan anak kambing

Anak-anak kambing itu yang masing-masing berusia tiga dan dua minggu, dilahirkan daripada induk berasingan pada Mei lalu namun diabaikan menyebabkan mereka kesunyian.

.

Sejak dari itu, pengusaha ladang, Hideo Kawawa menawarkan kemasukan percuma bagi mereka yang boleh menidurkan anak kambing itu.

.

Harga tiket kemasukan ke ladang itu adalah bernilai 800 yen (RM26) untuk orang dewasa dan 500 yen (RM16) untuk pengunjung kanak-kanak, namun percuma jika seseorang itu boleh menidurkan anak kambing.

.

Sumber: [1]