Lelaki Panik Lihat Mangkuk Tandas Tiba-Tiba Terbakar Masa Buang Air

Seorang lelaki panik apabila mangkuk tandas yang digunakannya untuk membuang air, tiba-tiba sahaja mengeluarkan api dan terbakar.

lelaki panik lihat mangkuk tandas tiba-tiba terbakar masa buang air

Kejadian berlaku di China pada 10 November lalu selepas lelaki berkenaan yang menggunakan tandas itu nyaris menjadi mangsa kebakaran apabila ia tiba-tiba sahaja terbakar.

 

Insiden aneh itu telah dirakamkan di Xiamen, dekat wilayah Fujian sebelum ia dikongsikan di media sosial.

**

Menurut lelaki berkenaan, ketika dia sedang menggunakan tandas, asap tiba-tiba sahaja muncul dari mangkuk tandas.

lelaki panik lihat mangkuk tandas tiba-tiba terbakar masa buang air

Melihat kepada keadaan asap yang semakin banyak, lelaki itu bangun daripada tempat duduk mangkuk tandas, sebelum ia terbakar dan mengeluarkan api.

 

Meskipun punca kejadian belum didedahkan, lelaki itu percaya ia adalah disebabkan litar pintas memandangkan itu adalah tandas pintar yang dilengkapi sistem elektronik.

lelaki panik lihat mangkuk tandas tiba-tiba terbakar masa buang air

Sumber: Oddity Central