Bukan Petanda Musibah, Ini Maksud Fenomena Langit Terbelah Yang Terjadi Baru-Baru Ni

Baru-baru ini, media sosial negara jiran kecoh dengan rakaman video tular menunjukkan fenomena mirip langit terbelah di Pacitan, Jawa Timur, Indonesia.

bukan petanda musibah, ini maksud fenomena langit terbelah yang terjadi baru-baru ni

Kejadian itu telah menyebabkan ramai warganet dari seberang beranggapan satu petanda musibah besar bakal terjadi susulan terjadinya langit terbelah yang amat jarang sekali berlaku.

 

Namun, menurut Ketua Bidang Mitigasi Gempa Bumi dan Tsunami Badan Metereologi dan Geofizik (BMKG), Daryono berkata terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

 

Dikaitkan dengan kejadian awan gulung, ia berlaku apabila wujudnya  pertemuan antara udara dan kelembapan wap air yang berbeza dan dipengaruhi oleh tiupan angin yang terbentuk di bahagian garisan hadapan jisim udara dengan kandungan wap air yang berbeza.

bukan petanda musibah, ini maksud fenomena langit terbelah yang terjadi baru-baru ni

Kedua, awan yang kelihatan seakan terbelah ini terbentuk akibat jet udara yang kebiasaannya mempunyai diameter yang kecil dan garisan awan menjadi lebih jelas berbanding warna langit. Ia biasanya terjadi dalam tempoh singkat dan hilang dalam tempoh satu minit serta mempunyai bentuk awan sirus.

 

Justeru, orang ramai tidak perlu berasa panik dengan kejadian aneh sedemikian kerana sudah pasti ia mempunyai penerangan logik tentang apa yang terjadi.

bukan petanda musibah, ini maksud fenomena langit terbelah yang terjadi baru-baru ni

“Yang pasti, awan itu merupakan satu fenomena biasa dan bukannya petanda akan terjadi musibah seperti bencana besar,” jelasnya.

Sumber: [1]