Makin Ramai Murid Guna Lampin Pakai Buang di Sekolah Walau Usia Dah 11 Tahun

Lampin merupakan pakaian dalam yang dipakai bagi membolehkan seseorang membuang air kecil atau besar tanpa menggunakan tandas. Ia menyerap atau mengandungi bahan pakai buang untuk mengelakkan najis terkana pakaian luar atau mengotorkan kawasan sekitar.

 

Lampin pakai buang bayi secara khasnya dipakai sehingga usia tiga atau empat tahun, sehingga anak itu sudah tahu cara untuk menggunakan tandas dengan sendirinya, kecuali mereka yang berdepan masalah kesihatan.

 

Namun, kebanyakkan guru di Switzerland kini berdepan dengan masalah apabila semakin ramai murid di negara itu masih memakai lampin pakai buang, meskipun sudah berusia 11 tahun.

makin ramai murid guna lampin pakai buang di sekolah walau usia dah 11 tahun

Perkara itu didedahkan Persekutuan Perguruan Switzerland selepas pihaknya menerima banyak laporan daripada guru berkenaan murid yang masih bergantung kepada pemakaian lampin pakai buang ke sekolah bukan atas faktor kesihatan.

 

"Kanak-kanak akan ke sekolah seawal usia empat tahun.

"Ya mungkin ada murid masih memakai lampin kerana kanak-kanak akan pergi ke sekolah seawal usia empat tahun.

"Tetapi, apabila kanak-kanak berusia 11 tahun datang ke sekolah dengan memakai lampin, itu adalah satu trend membimbangkan," kata Ketua Persekutuan Perguruan Switzerland, Dagmar Rosler.

 

Menurut pakar, meskipun ia dilihat seperti tidak ada apa yang serius, namun ini merupakan satu gangguan psikologi pembesaran yang boleh menjejaskan murid.

makin ramai murid guna lampin pakai buang di sekolah walau usia dah 11 tahun

Malah, ibu dan bapa seharusnya bertanggungjawab ke atas anak mereka yang masih memakai lampin untuk kesekolah, dan bukannya meletakkan tugas menukar lampin itu pada guru-guru.

 

"Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak usia sekolah rendah masih perlu memakai lampin.

"Jika ia bukan disebabkan kecacatan fizikal, tingkah laku sedemikian boleh menunjukkan pengabaian atau situasi keluarga yang sangat tertekan," kata seorang pakar psikoterapi, Felix Hof.

 

Sumber: Insider