Aneh, Makin Ramai Anak Muda ‘Bela’ Biji Buah Mangga Jadi Haiwan Ternakan

Satu trend aneh kini dilapor sedang menjadi ikutan ramai anak muda di China, yang mana mereka akan ‘membela’ biji buah mangga berbulu sebagai haiwan peliharaan.

aneh, makin ramai anak muda ‘bela’ biji buah mangga jadi haiwan ternakan

Menurut laporan oleh media tempatan, trend yang semakin menjadi ikutan ramai anak muda negara itu melihatkan biji buah mangga berbulu dihiasi dengan pelbagai aksesori hiasan.

aneh, makin ramai anak muda ‘bela’ biji buah mangga jadi haiwan ternakan

Ia bukan sahaja menjadi peneman kepada kelompok anak muda itu, malah dikatakan boleh memberi kebahagiaan kepada mereka.

 

Seorang pelajar universiti berusia 19 tahun, Liu dari utara China berkata, beliau mempunyai sepasang biji mangga berbulu peliharaannya, diberi nama Da Mao dan Er Mao. Liu juga menyifatkan dua biji mangganya sebagai "haiwan peliharaan yang ideal" yang merupakan pengganti yang murah berbanding hamster.

aneh, makin ramai anak muda ‘bela’ biji buah mangga jadi haiwan ternakan

Seorang lagi ‘penternak mangga’, Xiaomeng berkata, sebelum membela biji mangga, pemiliknya perlu membeli jenis mangga yang sesuai. Ia memerlukan banyak penjagaan rapi kerana biji mangga itu bukan sahaja perlu dicuci dan disikat tetapi perlu disimpan di bawah sinar matahari untuk mengelakkan terkena jangkitan.

 

Fenomena yang mula menjadi ikutan sejak beberapa tahun lalu ini juga sebenarnya telah menimbulkan kebimbangan ramai berkenaan isu kesihatan mental.

Sumber: WION