Makhluk Ganjil Terakam Dalam CCTV Di Zoo Texas, ‘‘Apa Benda Tu?’’

Satu kelibat makhluk ganjil dan menakutkan telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah zoo dekat Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.

makhluk ganjil terakam dalam cctv di zoo texas, ‘‘apa benda tu?’’

Kejadian berlaku di Zoo Amarillo dimana kelibat makhluk aneh itu jelas kelihatan dalam CCTV, dan pihak zoo meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti apakah sebenarnya ia.

.

Makhluk itu kelihatan berbulu dan berdiri tegak dalam kegelapan di luar pagar kawasan Zoo Amarillo pada jam 1:25 pagi pada 21 Mei lalu.

.

“Zoo Amarillo merakam imej pelik di luar pagar pada 21 Mei lalu. Adakah ia seorang manusia bertopi pelik yang berjalan pada waktu malam?

“Atau ia adalah Chupacabra? Adakah anda mempunyai idea apakah sebenarnya entiti ini?” demikian menurut Twitter rasmi Zoo Amarillo.

 

 

Chupacabra yang mempunyai maksud chupar (menghisap) dan cabra (kambing) adalah makhluk besar dalam lagenda Amerika Latin.

.

Sumber: [1]