Orang tua-tua pesan, tutup tingkap bila masuk waktu senja, takut ada ‘benda’ masuk.
Mungkin kata-kata itu dilihat sebagai satu bentuk nasihat yang cliché, tapi tahukah anda akibat tidak menutup tingkap, sebuah rumah telah di ‘serang’ oleh sekumpulan burung merpati sehingga menyebabkan rumah itu dipenuhi najis.
Kejadian berlaku di East London selepas pemilik sebuah rumah jenis apartment terlupa untuk menutup tingkap kaca rumah sewanya.
Menurut laporan, pemilik itu meninggalkan rumahnya untuk lebih sebulan, namun tidak sedar tingkap rumahnya tidak ditutup.
Selepas pemilik itu kembali, dia berasa terkejut melihat keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan najis burung di merata tempat seperti di sofa dan karpet.
Keadaan itu memaksa pemilik rumah berkenaan menghubungi syarikat kawalan serangga dan tukang cuci, menyebabkan dia mengalami kerugian mencecah 15,000 pounds (kira-kira RM 87,597.27).
Sumber: Must Share News / Daily Star