Saintis Jumpa Lubang Besar Pada Dasar Laut, Pakar Kata Ia Bukan Petanda Baik

Sekumpulan saintis telah menjumpai sebuah lubang yang membocorkan air di dasar lautan di luar pantai negeri Oregon, Amerika Syarikat.

saintis jumpa lubang besar pada dasar laut, pakar kata ia bukan petanda baik

Penemuan lubang itu dibuat di kawasan dikenali sebagai Zon Subduksi Cascadia yang menurut pakar dari Universiti Washington ia bukan petanda baik di rantau berkenaan.

 

Dikenali sebagai Pythias Oasis, lubang itu telah ditemui sejak 2015 lagi namun penyelidikan terbaharu mencadangkan bahawa air yang keluar dari lubang itu adalah sesuatu unsur yang lain.

 

Menurut pakar, cecair yang keluar dari lubang di dasar laut itu mungkin sejenis pelincir tektonik yang diperlukan oleh plat untuk mengelakkan pergerakan dalam tanah.

 

Malah, saintis turut menemui ‘buih-buih pada kedudukan kira-kira 1.2 kilometer (km) di bawah permukaan air’.

saintis jumpa lubang besar pada dasar laut, pakar kata ia bukan petanda baik

Robot peneroka dasar laut telah digunakan dan pengkaji mendapati buih-buih itu ‘hanya komponen kecil cecair panas berbeza secara kimia yang muncul dari sedimen dasar laut’.

 

“Mereka meneroka ke arah itu dan apa yang dilihat bukan hanya gelembung metana, tetapi air yang keluar dari dasar laut seperti paip.

“Itu sesuatu yang tidak pernah saya lihat dan dalam pengamatan saya tidak pernah dikaji sebelum ini,” kata profesor oseanografi dan geologi dasar laut Universiti Washington, Evan Solomon.

 

Kajian terdahulu mendapati air yang keluar dari lubang di dasar laut itu adalah lebih panas daripada suhu di lautan.

 

Sumber: Kosmo!