Lepas 138 Tahun Menanti, Akhirnya Keluarga Ini Dapat Bayi Perempuan

Sepasang suami isteri akhirnya memecah tradisi keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun.

lepas 138 tahun menanti, akhirnya keluarga ini dapat bayi perempuan

Pasangan dari Michigan, Amerika Syarikat, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu, terkejut apabila dimaklumkan bahawa keluarga sebelah lelaki tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga sejak 1885.

 

Menurut Carolyn, beliau tidak menyangka perkara itu berlaku dan mendapatkan pengesahan dari ibu dan bapa suaminya.

lepas 138 tahun menanti, akhirnya keluarga ini dapat bayi perempuan

Tambah Carolyn lagi, ketika mereka baru berkahwin, mereka menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka adalah lelaki.

 

Namun pada 2022, Carolyn sekali lagi hamil dan disahkan doktor bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

 

Kini pasangan itu berjaya memecahkan tradisi keluarga dengan kelahiran bayi perempuan, Audrey Marie Clark.

 

Sumber: Daily Mail