Lembu Layan Konsert Untuk Hasilkan Susu Lebih Sedap

Sebuah ladang ternakan lembu telah memberikan layanan istimewa kepada lembu disitu dengan menyajikan alunan muzik konsert ketika proses memerah lembu dilakukan.

lembu layan konsert untuk hasilkan susu lebih sedap

Menurut The Sun, idea untuk mengadakan konsert ini dipercayai mampu memberikan mood kepada lembu untuk berada dalam keadaan baik supaya dapat menghasilkan susu yang lebih berkualiti.

lembu layan konsert untuk hasilkan susu lebih sedap

Konsert yang dimainkan ketika proses memerah susu lembu ini diketuai oleh pemuzik yang pernah terlibat dalam persembahan artis popular seperti Rod Stewart dan Rolling Stones iaitu Ben Waters.

lembu layan konsert untuk hasilkan susu lebih sedap

Menurut Waters, hampir 120 ekor ternakan di kandang itu kelihatan seronok sambil menikmati muzik jazz dan rock sepanjang proses memerang susu dilakukan.

 

“Saya rasa lembu-lembu ini suka dengan idea memasang lagu ketika susu diperah.

“Ada yang sanggup mengeluarkan kepala dari pagar kandang untuk mendengar muzik dengan lebih jelas. Saya rasa haiwan itu gembira,” katanya.

 

Menurut salah seorang pekerja ladang, Rex Fisher berkata, mood lembu-lembu itu ketika proses memerah susu nampak lebih baik apabila muzik dimainkan.

lembu layan konsert untuk hasilkan susu lebih sedap

“Saya yakin susu yang dihasilkan lembu ini selepas mende­ngar lagu-lagu konsert ini akan menjadi lebih sedap serta manis,” katanya.

 

Sumber: The Sun