Pendaki Terkejut Lihat Lembaga Putih Mirip Kuntilanak Masa Hiking

Seorang pendaki yang sedang melakukan pendakian ke puncak gunung terkejut apabila melihat satu lembaga putih mirip kuntilanak.

pendaki terkejut lihat lembaga putih mirip kuntilanak masa hiking

Kejadian berlaku di Indonesia apabila pendaki itu sedang dalam perjalanan ke puncak Gunung Salak di Jawa Barat.

 

Kelihat makhluk putih itu jelas kelihatan meskipun pada waktu siang dan pendaki itu berjaya merakamkan imej berkenaan menerusi satu rakaman video.

pendaki terkejut lihat lembaga putih mirip kuntilanak masa hiking

Rata-rata warganet yang melihat rakaman video pendek oleh pendaki itu turut menzahirkan rasa terkejut dan ada sebilangan mereka yang pernah terdengar kisah mistik gunung tersebut.

Gunung Salak setinggi 2,211 meter adalah salah satu gunung berapi yang terletak lebih 40 kilometer dari bandar Bogor. Menurut kepercayaan, gunung itu dianggap suci oleh masyarakat setempat dan mereka yang mahu mendakinya perlu menjaga sikap dan pertuturan.

 

Sumber: Kosmo!