Muka Macam Budak, Lelaki Umur 27 Tahun Ini Susah Dapat Kerja

Seorang lelaki berusia 27 tahun terkilan selepas percubaannya untuk mendapat pekerjaan ditolak ramai majikan.

muka macam budak, lelaki umur 27 tahun ini susah dapat kerja

Ini adalah kerana lelaki itu memiliki wajah dan keadaan fizikal seperti seorang kanak-kanak, meskipun usia sebenarnya sudah memasuki 27 tahun.

 

Mao Sheng dari Dongguan, China, menjadi perhatian ramai selepas wajahnya menjadi tular di media sosial. Sekali pandang, Mao Sheng saling tak tumpah bagaikan kanak-kanak berusia 10 tahun.

muka macam budak, lelaki umur 27 tahun ini susah dapat kerja

Kebanyakan majikan tidak mempercayai usia sebenar Mao Sheng, sehingga ada yang beranggapan lelaki itu adalah kanak-kanak yang dipaksa untuk bekerja. Malah, ramai enggan mengambil Mao untuk bekerjakerana takut dituduh sebagai mendera kanak-kanak bekerja seperti dewasa.

 

Mao Sheng beranggapan keadaan dirinya adalah satu bentuk sumpahan kerana ia menghalang dirinya untuk menjadi lelaki dewasa yang normal. Beliau sangat memerlukan pekerjaan bagi membantu bapanya yang menghidap penyakit strok. Namun cubaannya untuk bekerja sering ditolak majikan dan kilang-kilang tempatan.

Kisah Mao Sheng telah menjadi tular di media tempatan sambil ramai yang menyalahkan syarikat-syarikat di negara itu kerana enggan memberinya peluang bekerja hanya disebabkan rupa paras seperti kanak-kanak.

 

Nasib Mao Sheng berubah selepas kisahnya ini menjadi tular. Beberapa usahawan tempatan dilaporkan mengambil Mao Sheng untuk bekerja dengan mereka. Mao Sheng akhirnya menerima salah satu tawaran pekerjaan yang diterimanya.

 

Sejak itu, beliau berharap dapat membantu keluarga disamping mahu mencari teman wanita untuk memulakan hidup berkeluarga.

 

Sumber: Kosmo!