Tebuk Dari Dalam Tengkorak, Penyanyi Ini Tukar Rambut Jadi Rantai Emas

Seorang lelaki yang juga merupakan penyanyi rap dari Mexico, Dan Sur telah mengejutkan ramai selepas tampil dengan imej terbaharunya.

tebuk dari dalam tengkorak, penyanyi ini tukar rambut jadi rantai emas

Perubahan drastik Dan Sur yang menukarkan rambutnya yang asli kepada rantai emas, membuatkan banyak pihak seakan tidak percaya dengan penampilannya itu.

 

Rambut emas itu bukanlah sekadar diletakkan pada kepala, sebaliknya ia disambung pada satu sambungan yang ditanam pada bahagian dalam tengkorak kepalanya.

tebuk dari dalam tengkorak, penyanyi ini tukar rambut jadi rantai emas

Penyanyi muda berusia 23 tahun yang mempunyai lebih 2 juta pengikut di Tiktok berkata, beliau mahu melakukan sesuatu yang luar biasa dan tidak sama seperti kebanyakkan orang lain.

 

“Saya mahu melakukan satu yang berbeza, saya lihat ramai orang mewarnakan rambut. Tapi saya lain.

“Saya harap ini dapat menjadi ikutan ramai,” katanya.

 

Beliau mengakui rambut emasnya itu mempunyai satu cangkuk yang telah ditanam dibawah kulit pada tengkorak kepalanya.

tebuk dari dalam tengkorak, penyanyi ini tukar rambut jadi rantai emas

Perubahan imej Dan Sur ini nyata menarik perhatian seorang pakar pembedahan plastik, Dr Frank Agullo yang memberi amaran tindakan penyanyi itu sangat membahayakan.

“Ia boleh menjadi laluan mudah kepada bakteria dari dunia luar masuk kedalam tubuh badan. Dalam kes ini, tulang tengkorak melindungi otak.

“Saya juga risau akan berat rantai yang boleh merubah bentuk dan memecahkan tengkorak beliau,” ujarnya.

 

Seorang pakar kulit, Dr Mona Gohaa juga menambah prosedur yang dibuat penyanyi muda itu boleh menyebabkan beliau hilang keupayaan untuk tumbuh semula rambut kerana kerosakan folikel yang kekal, sambil menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan penyanyi itu sebagai contoh dan ikutan.

 

Sumber: [1]