Terkejut Lihat Wajah Isteri Tanpa Make Up, Lelaki Tuntut Cerai

Seorang lelaki dari Mesir yang baru berkahwin telah menuntut penceraian apabila pertama kali melihat wajah isterinya dalam keadaan tanpa solekan.

terkejut lihat wajah isteri tanpa make up, lelaki tuntut cerai

Menurut laporan akhbar Gulf News, sehari selepas perkahwinannya lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya itu tanpa sebarang solekan.

 

“Saya tertipu dengan wajahnya kerana dia sering mengenakan solekan yang tebal. Dia langsung tidak cantik tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.

 

Jelas lelaki itu, mereka berkenalan menerusi laman Facebook dimana isterinya ketika itu sering memuatnaik foto dalam keadaan bersolek cantik.

 

Selepas beberapa kali pertemuan, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan wanita tersebut. Bagaimanapun beliau tidak menyangka wajah wanita itu amat berbeza sekali tanpa solekan jika dibandingkan dengan foto di laman sosial itu.

 

“Saya terkejut, wajahnya amat berbeza berbanding wanita yang saya kenali sebelum kami berkahwin.

“Saya tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki itu.

 

Sumber: [1]