Ngeri, Lelaki Terjumpa Mata Kail Dalam Tin Ikan Sardin

Seorang lelaki nyaris termakan mata kail yang ditemuinya dalam tin ikan sardin jenama paling digemari ramai di Thailand.

ngeri, lelaki terjumpa mata kail dalam tin ikan sardin

Lelaki dari Bangkok, Thailand yang dikenali sebagai 'Phuboripok' telah berkongsi kisah ngeri itu menerusi Facebook dengan menulis;

 

"Seorang pengguna yang hendak makan ikan dalam tin telah menemui objek asing seperti mata kail. Dia (pelanggan) menulis pesanan ringkas dengan menyebut tidak akan memaafkan kawalan kualiti (QC) 100 peratus.

"Sebagai tindak balas, pelanggan itu menyiarkan soalan bahawa adakah pengguna lain akan makan ikan jenama sama selepas mengalami pengalaman ngeri itu," katanya.

ngeri, lelaki terjumpa mata kail dalam tin ikan sardin

Hantaran lelaki itu menjadi tular di media sosial dengan kebanyakkan warganet mempersoalkan bagaimana mata kail boleh beraa dalam tin ikan sardin itu dan membahayakan nyawa pengguna.

Dalam kejadian berbeza, seorang wanita Thailand telah menemui cebisan kaki tikus terapung dalam pes cili dengan jeruk ikan yang dibelinya di pasar di wilayah Prachin Buri.

 

Wanita itu pada mulanya tidak tahu benda asing dalam botol itu sehingga diberitahu bahawa ia sebenarnya kaki tikus.

 

Sumber: Astro AWANI