Akibat Teman Wanita Curang, Lelaki Terima Wang Dana Insurans Patah Hati RM1,354

Seorang lelaki di India telah menerima wang pampasan berjumlah 25,000 Rupee (kira-kira RM1,354) selepas teman wanitanya berlaku curang.

akibat teman wanita curang, lelaki terima wang dana insurans patah hati rm1,354

Lelaki bernama Prateek Aaryan itu berkata pampasan diterima hasil daripada perjanjian yang dibuat antara dia dengan bekas kekasih ketika mereka baru memulakan hubungan cinta.

 

“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354).

“Ketika hubungan kami bermula, kami menyimpan wang sebanyak 500 rupee (RM27.70) setiap seorang pada setiap bulan yang didepositkan ke dalam sebuah akaun bank.

“Kami membuat perjanjian bahawa sekiranya sesiapa antara kami yang berlaku curang di kemudian hari, pihak satu lagi boleh mengambil semua wang tabungan tersebut. Ia dinamakan ‘Dana Insurans Patah Hati’,” kata Prateek menerusi hantarannya di Twitter.

akibat teman wanita curang, lelaki terima wang dana insurans patah hati rm1,354

Hantaran itu menjadi tular dan ramai netizen yang kagum dengan tindakan yang dibuat olehnya. Malah, ada juga netizen yang mahu membuat sama seperti yang dilakukan lelaki ini apabila mula bercinta kelak.

 

Sumber: Kosmo! / Twitter