Lelaki Sanggup Tebuk Tengkorak, Tanam Cip Dalam Otak Sebab Nak Kawal Mimpi

Mimpi telah lama menjadi misteri yang menarik minat manusia sejak zaman purba lagi, menjadi jendela ke alam bawah sedar dan dihubungkan dengan makna simbolik.

 

Disebabkan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mikhail Raduga, sanggup menebuk tengkorak kepalanya sendiri, dan memasukkan cip ke dalam otak bagi tujuan untuk mengawal mimpi.

lelaki sanggup tebuk tengkorak, tanam cip dalam otak sebab nak kawal mimpi

Lelaki dari Rusia itu telah menjalankan ‘pembedahan’ itu di sebuah apartment dekat Novosibirsk, namun prosedur terbabit tidak menjadi seperti apa yang diharapkan.

lelaki sanggup tebuk tengkorak, tanam cip dalam otak sebab nak kawal mimpi

Mikhail kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas beliau hilang seliter darah akibat dari kegagalan pembedahan yang dibuatnya sendiri selama empat jam.

 

Beliau yang juga seorang penyelidik yang mengkaji keadaan minda disosiatif, mengesahkan menjalankan prosedur berkenaan secara sendiri, menerusi satu ciapan di Twitter.

 

 

Katanya, dia memilih untuk menjalankan prosedur itu sendirian kerana merasakan kehadiran pakar akan menyukarkan lagi proses berkenaan.

 

Meskipun tindakan Mikhail itu boleh menjejaskan kesihatannya, beliau berharap hasil prosedur itu akan membuka jalan bagi kemajuan teknologi kawalan mimpi di masa akan datang.

 

Sumber: NDTV