Tak Puas Hati Dipatuk, Lelaki Gigit Semula Ular Sampai Mati

Gara-gara tidak berpuas hati selepas dipatuk, seorang lelaki di India telah menggigit semula seekor ular berkali-kali sehingga mati, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja.

tak puas hati dipatuk, lelaki gigit semula ular sampai mati

Lelaki yang berasal dari Gambharipatia di daerah Jaipur, India itu dilaporkan mahu membalas dendam hanya kerana ular itu telah mematuknya terlebih dahulu sebelum itu.

 

“Saya berasakan sesuatu menggigit kaki saya ketika sedang berjalan pulang ke rumah malam tadi. Saya kemudiannya menghidupkan lampu suluh dan mendapati ia adalah seekor ular jenis krait berbisa.

“Demi membalas dendam, saya mengambil ular itu menggunakan tangan lalu menggigitnya berulang kali sehingga ia mati di tempat kejadian,” kata lelaki itu kepada pemberita.

 

Lelaki itu kemudiannya membawa bangkai ular yang telah digigitnya untuk ditunjuk kepada penduduk kampung sambil menegaskan dirinya baik-baik sahaja. Beliau juga enggan dirawat di hospital dan hanya mendapatkan rawatan tradisional sahaja.

 

Ular yang digigitnya itu merupakan sejenis ular berbisa sepanjang tiga kaki yang hidup di selatan Asia dan Asia Tenggara. Ia aktif pada waktu malam dan gigitan ular itu boleh menyebabkan anggota badan menjadi lumpuh, malah boleh membawa maut.

tak puas hati dipatuk, lelaki gigit semula ular sampai mati

Menurut kajian, India merupakan negara tertinggi di dunia dalam kes kematian akibat gigitan ular dengan purata kes 58,000 kes setahun.

 

Sumber: [1]