Lelaki Kena Dukung 100-kilometer Syarat Mahu Rujuk Semula Bekas Isteri

Seorang lelaki telah dikenakan syarat berjalan lebih 100-kilometer sambil mendukung bekas isterinya sebagai syarat untuk merujuknya kembali.

lelaki kena dukung 100-kilometer syarat mahu rujuk semula bekas isteri

Menerusi klip video yang tular di media sosial China, kelihatan lelaki itu sedang berjalan sambil menggendong seorang wanita yang memakai baju pengantin berwarna putih serta tiara pada kepalanya.

 

Menurut laporan, pasangan itu yang merupakan bekas suami isteri telah memilih untuk bercerai akibat konflik yang timbul.

 

Namun selepas tiga tahun penceraian itu, lelaki itu sedar akan kesalahannya kerana bekas isterinya itu sentiasa melayannya dengan baik. Lelaki itu kemudian meminta untuk bersama semula.

 

Bagaimanapun, wanita itu meletakkan syarat kepadanya sebelum mereka boleh berkahwin semula iaitu membawa wanita itu pulang ke rumah ibu bapanya yang terletak sejauh 100 kilometer pada hari perkahwinan mereka.

lelaki kena dukung 100-kilometer syarat mahu rujuk semula bekas isteri

Menurut wanita itu, tujuan dia membuat permintaan tersebut adalah supaya bekas suaminya sentiasa ingat dan menghargai perkahwinan mereka ini.

 

Mujur selepas berjalan kira-kira 10-kilometer wanita itu meminta dia berhenti dan memaafkannya. Mereka kemudian pulang dan melangsungkan perkahwinan semula sebagai pasangan suami dan isteri.

 

 

Sumber: Kosmo!