Pakai Kostum Menyamar Jadi Buaya, Tindakan Lelaki Ini Tempah Maut

Buaya adalah reptilia pemangsa yang mampu menyerang manusia dan juga haiwan lain.

 

Ketika ramai yang takut untuk mendekati reptilia ini, seorang lelaki bertindak diluar jangka kerana dengan beraninya memakai kostum buaya sambil mengusik seekor buaya sebenar.

pakai kostum menyamar jadi buaya, tindakan lelaki ini tempah maut

Video yang dimuatnaik di Twitter oleh seorang individu bernama Narendra Singh menunjukkan seorang lelaki mempertaruhkan nyawanya dengan mendekati seekor buaya sebenar secara berbahaya sambil ‘mengusik’ reptilia itu berulang kali.

pakai kostum menyamar jadi buaya, tindakan lelaki ini tempah maut

“Ubat apa yang dia ambil?”, tulis pada kapsyen video yang kini tular di Twitter.

 

 

Rakaman berdurasi 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki berbaring di tebing sungai sambil memakai kostum buaya. Lelaki itu kemudian mengeluarkan tangannya dari kostum itu dan menarik kaki buaya berulang kali.

 

Setakat artikel ini dtulis, tidak dapat dipastikan nasib lelaki yang menyamar sebagai buaya itu.

 

Sumber: Twitter