Lebih Selesa Di Penjara, Lelaki Mohon Ditangkap Sebab Tak Mahu Tinggal Dengan Isteri

Akibat tidak tahan untuk tinggal serumah bersama isteri, seorang lelaki telah meminta polis untuk menghantarnya ke penjara.

lebih selesa di penjara, lelaki mohon ditangkap sebab tak mahu tinggal dengan isteri

Lelaki berusia 30 tahun itu yang sedang menjalani hukuman tahanan rumah, telah pergi ke balai polis Itali untuk membuat rayuan bagi membenarkannya tinggal dalam penjara.

 

Permintaan lelaki itu dibuat kerana dikatakan beliau tidak mahu menjalani hukuman itu bersama isterinya yang tinggal di rumah.

 

Tambah lelaki itu lagi, beliau lebih selesa untuk menjalani hukuman secara bersendirian di penjara.

 

Lelaki yang ditahan atas kesalahan dadah, tiba di balai polis dan kemudiannya terus ditahan kerana melanggar perintah tahanan rumah.

 

Akhirnya beliau dibenarkan untuk menjalani baki hukuman di penjara dekat Guidonia, sebuah bandar di luar Rom.

 

Alasan mengapa beliau tidak mahu untuk menjalani hukuman tahanan di rumah adalah tidak diketahui.

 

Sumber: [1]