Lelaki Terpaksa Minta Bantuan Polis Carikannya Jodoh

Bagi merealisasikan impian untuk mempunyai pasangan hidup, seorang lelaki kerdil dari Shamli, Uttar Pradesh dekat India nekad meminta bantuan daripada pihak polis.

lelaki terpaksa minta bantuan polis carikannya jodoh
 
Azim Mansoori, 26, memohon bantuan daripada pihak berkuasa bagi membantu misinya mencari jodoh selepas selama lima tahun tidak menemui mana-mana wanita yang sesuai atau mahu kepadanya.

Meskipun begitu, usaha berkenaan masih belum berjaya kerana polis berkata itu bukanlah bidang kuasa mereka untuk mencari calon pasangan mana-mana individu.

"Kami hanya membantu jika ada perselisihan di dalam rumah tangga, tapi bukan mencarikan jodoh untuk seseorang," katanya.

lelaki terpaksa minta bantuan polis carikannya jodoh

Beliau yang mempunyai ketinggian 60 sentimeter, turut dibantu kakaknya untuk mencarikannya pasangan.

lelaki terpaksa minta bantuan polis carikannya jodoh

Menurut salah seorang ahli keluarga beliau, keadaan fizikal Azim yang lemah itu membuatkan mereka sekeluarga mahu mencari wanita yang benar-benar boleh menjaganya.

"Kami berusaha melamar banyak orang termasuk seorang wanita dari Modarabad dan sedang dalam perancangan untuk berjumpa dengannya," katanya.

Azim juga dikatakan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dihina kerana keadaan fizikalnya itu.


Sumber: Kompas.com