Lelaki Mati Hidup Semula Lepas Ambulans Bawa Ikut Jalan Berlubang

Siapa sangka jalan yang berlubang-lubang mempunyai ‘kelebihannya’ tersendiri.

 

Seorang lelaki di India yang diumumkan meninggal dunia oleh doktor telah kembali hidup semula apabila ambulans yang membawanya melalui jalan berlubang.

lelaki mati hidup semula lepas ambulans bawa ikut jalan berlubang

Menurut keluarga lelaki yang berusia 80 tahun dari Haryana, India itu, lelaki bernama Darshan Singh Brar pada mulanya berada dalam keadaan tidak sihat sebelum dibawa ke hospital yang mempunyai jarak sehingga 100 km.

 

Beliau didiagnos dengan jangkitan pada paru-paru yang turut menjejaskan fungsi jantung, kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas empat hari bergantung kepada mesin pernafasan.

 

Selepas disahkan meninggal dunia, beliau dibawa oleh ambulans untuk pulang ke rumah bagi urusan pengebumian. Keluarga Darshan juga telah membuat persiapan seperti khemah dan peralatan lain bagi mengebumikan beliau selepas mendapat pengesahan kematian oleh pihak hospital.

 

Ketika ambulans melalui perkampungan kecil bernama Dhand, yang terletak dalam daerah Haryana Kaithal, kenderaan itu secara tidak sengaja melanggar lubang pada jalan, menyebabkan berlaku sedikit hentakan pada semua penumpang, termasuk mayat Darshan.

 

Ketika itu, salah seorang ahli keluarga Darshan melihat jarinya bergerak dan nadi lelaki itu juga berdegup. Darshan kemudian dibawa kembali ke hospital sebelum disahkan masih hidup.

 

Kes ‘ajaib’ ini menjadi tular di media sosial dan juga dalam kalangan keluarga serta penduduk kampung.

 

 

Sumber: Oddity Central