Lelaki Ni Buktikan Boleh Masak Ayam Dengan Hanya Menampar

Ramai antara kita mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan masakan, sama ada menggoreng, mengukus atau memanggang. Namun pernahkah anda memasak dengan cara menampar?

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

Ia dibuktikan oleh seorang Youtuber, Louis Weisz, yang cuba menunjukkan cara aneh dalam memasak ayam dengan menamparnya berulang kali, hingga kini memperoleh lebih 9 juta tontonan di YouTube.

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

Menurutnya, haba yang terhasil daripada tenaga kinetik akibat menampar berulang kali, membolehkan ayam dimasak meskipun tidak menggunakan peralatan biasa. Lapisan aerogel digunakan untuk mengurangkan haba terbebas keluar.

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

Beliau mengambil masa dua bulan untuk menguji teorinya itu sebelum berjaya membuktikan ia boleh dilakukan meskipun kedengaran mustahil.

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

Selain ayam, beliau juga berjaya memasak daging stik dengan menggunakan cara berkenaan.

lelaki ni buktikan boleh masak ayam dengan hanya menampar

Dalam kajian itu, Weisz menggunakan 135,000 kali tamparan dalam masa lapan jam untuk memasak seekor ayam.

 

Sumber: Youtube