Lelaki Lumpuh Lepas Makan Banyak Ayam Dimasak Gadis-Gadis Tergilakan Dirinya

Seorang lelaki yang menjadi rebutan ramai gadis-gadis akhirnya mengalami lumpuh pada kaki selepas dilaporkan makan terlalu banyak ayam yang dimasak oleh beberapa wanita yang ingin memikatnya.

lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis tergilakan dirinya

Menurut laman berita Tuko, lelaki bernama Ndayishimiye Fidel, 25, dari Kigali, Rwanda menjadi rebutan ramai gadis hinggakan beliau terpaksa membuat pertandingan.

 

“Saya menjadi dewasa dan ramai gadis mula menyukai saya. Mereka semua menyukai saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya,” kata Ndayishimiye Fidel.

 

Fidel membuat pertandingan masakan yang mana wanita-wanita itu perlu memasak sebelum Fidel memilih seorang untuk dijadikan isteri.

 

Menurut bapa Fidel, mengikut budaya mereka jika seorang lelaki makan ayam yang dimasak seorang wanita, maka dia perlu mengahwini gadis itu.

 

Namun suatu hari, dia mendakwa anaknya itu terlalu banyak makan ayam yang dimasak oleh wanita-wanita yang menyukainya itu hingga menyebabkan kakinya menjadi lumpuh.

 

Akibat daripada itu, Fidel kini memilih untuk membujang seumur hidup selepas apa yang terjadi kepadanya ini.

 

Sumber: Kosmo!