Geli Betul Bila Lelaki Ini Kongsi Resipi Telur Dadar Lipas Pada Orang Ramai

Mungkin ramai antara kita yang sudah tahu cara untuk memasak telur dadar yang enak dimakan pada bila-bila masa. Ia biasanya dimasak bersama campuran bahan lain seperti cili mahupun sosej untuk menghasilkan rasa yang lebih lazat.

geli betul bila lelaki ini kongsi resipi telur dadar lipas pada orang ramai

Namun pernahkah anda terfikir untuk menghasilkan telur dadar bersama campuran serangga seperti lipas?

geli betul bila lelaki ini kongsi resipi telur dadar lipas pada orang ramai

Itu yang dikongsikan seorang lelaki Taiwan menerusi resipi masakan telur dadar lipas kepada ahli kumpulan Facebook seni masakan baru-baru ini.

geli betul bila lelaki ini kongsi resipi telur dadar lipas pada orang ramai

Sun Kuocheng pada awalnya berkongsi resipi itu kepada ahli kumpulan di Facebook, namun rata-rata tidak percaya menu itu boleh dimakan beliau.

 

Kuocheng kemudian merakam video memakan menu berkenaan sebagai bukti hidangan itu selamat untuk dimakan. Malah, katanya hidangan itu tinggi protein dan rendah lemak.

Dilaporkan, Kuocheng membela lipas dirumah dengan banyak sekali sehinggakan haiwannya tidak mampu menghabiskannya, jadi dia terpaksa memakannya sendiri.

 

Menurut Kuocheng, lipas peliharannya tidak mempunyai bau yang pelik, namun rasanya seakan-akan cendawan dan juga udang pada bahagian kulit.

 

Tambah lagi, lelaki itu telah memakan lipas untuk beberapa hari dan mengakui terdapat perubahan pada tubuh badannya.

 

Perlu diingatkan, lipas adalah serangga yang menggelikan dan juga antara serangga perosak. Secara amnya, lipas makan pelbagai jenis makanan seperti sampah. Dengan memakan lipas, ia boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya membahayakan kesihatan anda.

 

Sumber: Youtube / Kosmo!