Seorang lelaki berusia 60 tahun yang hidup dalam kesunyian dan juga mengalami masalah kesihatan yang serius, telah membuat rayuan untuk duduk dalam penjara walau tidak melakukan sebarang jenayah.
Justo Marquez, dari Granada, Sepanyol, telah berdiri di luar penjara Alhaurin de la Torre dekat Malaga selama berhari-hari dengan harapan mereka membenarkannya untuk masuk ke dalam.
Sambil memegang kertas yang tertulis “Saya mahu masuk penjara”, dia memberitahu warden penjara untuk duduk dalam sel penjara secara sukarela.
Marquez yang dilapor mempunyai kanser, depresi, kemurungan dan masalah jantung, selain hidup dalam kesunyian, berkata penjara adalah tempat terbaik untuk dirinya keluar daripada masalah yang dihadapi.
“Saya tidak dapat mencari tempat lain untuk pergi, hanya penjara lokasi terbaik untuk saya. Tapi saya tidak mahu melakukan sebarang jenayah,” katanya kepada agensi berita EFE.
Lelaki itu yang juga bapa kepada lima orang anak, telah putus hubungan dengan kesemua anakya sejak berbulan lamanya, mahu untuk menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara.
Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke penjara atas kesalahan dadah, telah pun dikeluarkan sejak tiga dekad lalu selepas kembali pulih. Namun, kehidupannya mula menjadi sunyi dan sering mengalami pelbagai penyakit selepas hidup bersendirian.
Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan nasib yang menimpa Marquez.
Sumber: Oddity Central