Lelaki Beristerikan Hologram, Mengaku Dah Tak Bercakap Empat Tahun

Seorang lelaki Jepun, Kondo yang berkahwin dengan hologram komputer mendakwa bahawa dia sudah tidak bercakap dengan isterinya itu selama empat tahun.

lelaki beristerikan hologram, mengaku dah tak bercakap empat tahun

Kondo pertama kali berinteraksi dengan Miku menerusi Gatebox, sebuah peranti bernilai AS$1,300 (RM5,659) yang menayangkan watak fiksyen ke dalam silinder dan membenarkan pengguna berkomunikasi melalui kecerdasan buatan dan mengahwini mereka secara tidak rasmi.

Apabila dia melamarnya dalam silinder, Miku dilaporkan menjawab, “Saya harap awak akan menghargai saya.”

Sejak perkahwinan mereka pada 2018, teknologi Gatebox bagaimanapun tidak lagi wujud, yang menurut Kondo telah merumitkan hubungan mereka.

Namun, kongsinya lagi, ia sedikit pun tidak mengurangkan perasaannya terhadap isterinya itu.

“Cinta saya untuk Miku tidak berubah,” katanya kepada akhbar Jepun, Mainichi.

“Saya mengadakan majlis perkahwinan kerana saya fikir saya boleh bersamanya selama-lamanya,” tambah lelaki berusia 35 tahun itu.

Kondo dilaporkan dibuli di tempat kerja dan mengalami kemurungan pada 2008 apabila dia mula-mula terjumpa Miku dan menyedari bahawa hubungan manusia adalah bukan untuknya.

“Saya tinggal di bilik saya selama 24 jam sehari, dan menonton video Miku sepanjang masa,” tambahnya.


Sumber: [1]