Seorang lelaki mendakwa menemui makhluk asing setinggi 2 meter yang menyerupai rupa seperti mentadak di Warwick, England baru-baru ini.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Paul Froggart, 26, beliau menemui makhluk asing itu ketika sedang mengayuh basikal pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Menafikan tuduhan kononnya beliau sedang mabuk atau khayal, Paul menemui spesis makhluk asing setinggi 2 meter itu dengan warna hijau muda dan kepala berbentuk segi tiga dengan mata bujurnya berwaerna hitam.
Katanya lagi, sebelum kejadian, langit kelihatan pelik dan tidak lama kemudian dia menemui makhluk yang mempunyai rupa seperti mentadak dengan dua kaki, menjadikannya kelihatan seperti seorang manusia.
Sejurus terserempak makhluk asing itu, Paul melarikan diri ke rumah dan melukis rupa makhluk yang ditemuinya.
Sumber: Daily Star