Lelaki Dari Jepun Ini Selamba Daki Gunung Kinabalu Pakai Kot, Kasut Kulit

Ketika orang lain memakai pakaian sukan tebal dan kasut hiking untuk mendaki Gunung Kinabalu, seorang pelancong dari Jepun ini dilihat seakan mahu ke pejabat semasa beliau mendaki gunung tertinggi di Malaysia baru-baru ini.

lelaki dari jepun ini selamba daki gunung kinabalu pakai kot, kasut kulit

Dengan memakai suit kemeja biru tiga lapis, beg pejabat dan kasut kulit, Nobutaka Sada telah mencuri perhatian ramai kerana mendaki Gunung Kinabalu dalam sepersalinan unik ini.

 

Menerusi video yang dirakamkan baru-baru ini, Sada, seorang pereka suit dengan jenama ‘Sada’, bersama pasukannya, telah berjaya sampai ke puncak Kinabalu.

lelaki dari jepun ini selamba daki gunung kinabalu pakai kot, kasut kulit

“Saya dari Jepun. Saya ada mesyuarat bisnes di puncak Gunung Kinabalu,” kata Sada dalam video berdurasi 10 saat itu.

 

@iceeminn123 #mtkinabalu ♬ nhạc nền - franks

 

Sada dalam satu hantaran di Facebooknya menulis, beliau gembira telah sampai ke puncak Kinabalu dalam suit pejabat rekaan SADA.

lelaki dari jepun ini selamba daki gunung kinabalu pakai kot, kasut kulit

“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo, dengan suit SADA. Gunung ini lebih tinggi daripada Gunung Fuji pada 4095m,” tulis beliau.

Sumber: Tiktok / Facebook