Lelaki Jadikan Kebolehannya Kentut Sebagai Kerjaya

Aneh namun siapa sangka kebolehan untuk membuang angin secara kerap oleh lelaki ini telah menjadikannya popular hingga mampu menjaya pendapatan dan kerjaya.

lelaki jadikan kebolehannya kentut sebagai kerjaya

Paul Oldfield atau juga dikenali sebagai Mr. Methane, menyedari akan kebolehannya yang kerap kentut pada usia remaja ketika melakukan senaman yoga.

 

Ketika itu, beliau baru sedar akan kebolehannya menghirup dan menghembuskan udara melalui kedua-dua rongga pada tubuhnya.

 

Oldfield yang teruja dengan kebolehan itu kemudiannya kentut sebanyak 20 kali dalam tempoh seminit untuk menghiburkan kawan-kawannya.

 

Pada awal 1980-an, Oldfield mula menjadikan kebolehannya itu sebagai kerjaya dengan membuat persembahan bersama sebuah kumpulan muzik. Beliau kemudian muncul dalam pelbagai parodi muzikal serta persembahan pentas popular seperti Britain’s Got Talent dan Germany’s Das Supertalent.

lelaki jadikan kebolehannya kentut sebagai kerjaya

Menurut seorang pakar usus dari Hospital Withington di Manchester, Dr, Whorwell berkata Oldfield mampu menyedut udara ke dalam usus bearnya dan menututpnya kembali sebelum mengeluarkan angin.

 

Dengan menggerakkan pipi punggungnya, Oldfield belajar untuk mengubah nada kentutnya menjadi pelbagai jenis irama.

 

Beliau kini sudahpun berusia 55 tahun dan masih lagi aktif dalam membuat persembahan menggunakan angin semulajadi miliknya itu.

 

Sumber: [1]