Lelaki Jadi Buta Lepas Cuba Cipta Rekod Menangis Tanpa Henti 100 Jam

Seorang lelaki warga Nigeria mengalami buta sementara pada kedua belah matanya selepas mencipta rekod menangis tanpa henti selama 100 jam.

lelaki jadi buta lepas cuba cipta rekod menangis tanpa henti 100 jam

Tembu Daniel, yang juga seorang pelawak dan pencipta kandungan media sosial, terdahulu mahu mencipta rekod yang tidak masuk akal iaitu maraton menangis untuk 100 jam tanpa henti.

 

Beliau pernah cuba melakukan ini pada 9 Julai lalu, namun selepas enam jam menangis, beliau dikatakan mengalami kesan pada penglihatannya menyebabkan dia terpaksa berhenti.

lelaki jadi buta lepas cuba cipta rekod menangis tanpa henti 100 jam

Tidak pun sampai 100 jam, pemilik akaun Instagram @237_towncryer ini dikatakan telah mengalami sakit kepala serta bengkak pada mata dan wajah. Malah, penglihatannya terjejas dan tidak dapat lagi melihat selama untuk 45 minit.

 

 

Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki ini berjaya menghabiskan sasaran masa 100 jam itu namun melihat kepada beberapa klip video di Instagram miliknya, jam pada kerusi menunjukkan masa masing-masing 2 jam 9 minit dan 5 jam 54 minit.

 

 

Menerusi satu hantaran oleh badan rekod dunia, Guinness World Records (GWR), pihak mereka tidak pula melakukan sebarang pengiktirafan untuk rekod menangis paling lama yang dilakukan lelaki berkenaan.

lelaki jadi buta lepas cuba cipta rekod menangis tanpa henti 100 jam

Meskipun tidak diiktiraf GWR, apa yang dilakukan Tembu Daniel ini telah mencuri perhatian ramai warganet, yang rata-ratanya seakan tidak percaya dengan kebolehan yang ditunjukkan beliau.

 

Sumber: Oddity Central