Lelaki Obses Barang Kemas Sanggup Pakai Lebih 2kg Emas Tiap Hari

Emas ialah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Ia berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia.

 

Disebabkan terlampau obses dan terlalu sukakan emas, seorang lelaki berusia 39 tahun dari Vietnam ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehidupan harianya dipenuhi dengan emas.

lelaki obses barang kemas sanggup pakai lebih 2kg emas tiap hari

Tran Duc Loi, seorang usahawan dari daerah An Giang telah mencuri perhatian ramai kerana gaya hidupnya yang berasaskan emas. Mana tidaknya, dari hujung rambut hinggalah kepada barangan hariannya, semua dilitupi dengan warna emas yang berkilat.

 

Menurut Duc Loi, pada mulanya beliau hanya menggayakan beberapa set barang kemas dan semakin menyukainya lalu terus menambah aksesori itu pada tubuhnya. Hinggakan kini terdapat lebih daripada 2kilogram emas yang dipakainya setiap hari seperti rantai, gelang, jam tangan dan juga 10 set cincin.

lelaki obses barang kemas sanggup pakai lebih 2kg emas tiap hari

Duc Loi juga menjadi sensasi menerusi laman Tik Tok. Kereta berjenama Lexus dan beberapa buah motosikal miliknya juga dibalut dengan emas. Katanya, ia adalah salutan emas sebenar dan bukannya pelekat semata-mata.

lelaki obses barang kemas sanggup pakai lebih 2kg emas tiap hari

lelaki obses barang kemas sanggup pakai lebih 2kg emas tiap hari

Pun begitu, ramai yang mengecam gaya hidup Duc Loi kerana menjadi pempengaruh yang buruk khasnya kepada golongan muda. Tetapi itu masih tidak menghalang Duc Loi untuk menggayakan emas yang pastinya bernilai jutaan ringgit setiap hari, setiap masa.

 

Sumber: [1]