Lelaki Ini Alami DID, Hidup Dengan 10 Personaliti Berbeza

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Jerman ini mengalami kesukaran hidup yang mungkin tidak ramai pernah alami.

lelaki ini alami did, hidup dengan 10 personaliti berbeza

Beliau disahkan menghidap sejenis penyakit yang disebut sebagai dissociative identity disorder (DID), yang mana menyebabkan beliau sukar untuk hidup dengan normal kerana mempunyai 10 personaliti berbeza.

.

Jika anda pernah menonton beberapa filem yang memaparkan watak yang mempunyai lebih dari satu perwatakan, ia bukanlah satu khayalan semata-mata. Keadaan psikiatri yang jarang berlaku ini boleh berkembang seawal ketika zaman kanak-kanak akibat trauma yang teruk, dan membawa kepada perkembangan dua atau lebih identiti yang mengawal tingkah laku seseorang pada masa yang berbeza.

lelaki ini alami did, hidup dengan 10 personaliti berbeza

DID boleh menyebabkan jurang dalam ingatan dan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk berhubung dengan realiti dan orang lain.

.

Leonard Stöckl, lelaki berusia 22 tahun dari Munich, Jerman, adalah salah seorang individu yang mengalami DID yang teruk dan berkongsi tubuhnya dengan 10 identiti lain yang berbeza.

.

Leonard sebelum ini menjalani kehidupan yang agak normal sehinggalah pada tahun lepas, ketika dia hendak mengambil peperiksaan A-Level. Semasa orang lain belajar untuk ujian, beliau tidak dapat memberi tumpuan dan mengalami kehilangan ingatan kerana pelbagai personalitinya bertukar. Keadaan menjadi sangat teruk sehingga dia terpaksa mendapatkan bantuan perubatan dan akhirnya didiagnosis dengan gangguan identiti disosiatif.

.

Lelaki berusia 22 tahun itu mempunyai 10 identiti berbeza yang berkongsikan satu tubuh yang sama, iaitu Kovu, 4, Hektor, 8, Ana, 16, Cosmo, 17, Ash, 18, Jessy, 19, Leo, 21, Billy, 23, Liv, 24, dan Red, 26.

.

Masalah timbul kerana setiap satu personaliti itu boleh mengawal pada bila-bila masa, menjadikannya hampir mustahil untuk melakukan sebarang pekerjaan, kerana semua personalitinya yang berbeza mempunyai kebolehan dan kehendak yang berbeza.

.

Mujur pasangannya, Massimo, faham akan masalah yang dihadapi Leonard. Bagi Leonard pula, kesemua 10 personaliti itu dianggapnya sebagai satu keluarga besar.

.

"Mereka adalah keluarga saya, kawan baik saya, pasukan saya - saya tidak akan dapat hidup tanpa mereka.

“Setiap daripada saya mempunyai keinginan dan minat masing-masing dan kita boleh berkongsi antara satu sama lain. Saya tidak akan pernah memilih untuk hidup tanpa perubahan yang lain,” katanya.

.

Gangguan identiti disosiatif (DID) ialah salah satu keadaan kesihatan mental. Seseorang yang mempunyai DID mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza yang boleh mengawal tingkah laku seseorang pada masa yang berbeza. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan ingatan, khayalan atau kemurungan. DID biasanya disebabkan oleh trauma masa lalu.

.

Sumber: [1], [2]