“No Aircond, No Problem!”, Video Lelaki Duduk Dalam Peti Sejuk Kini Tular

Cuaca panas menjadi perhatian utama di kebanyakkan negara pada masa ini kerana suhu yang meningkat secara mendadak dan kesan buruknya terhadap kehidupan manusia serta alam sekitar.

 

Ketika ramai mencari alternatif untuk menyejukkan diri tatkala cuaca panas melanda, seorang lelaki mencuri perhatian ramai gara-gara tindakannya yang sanggup duduk dalam sebuah peti sejuk.

“no aircond, no problem!”, video lelaki duduk dalam peti sejuk kini tular

Foto dan video lelaki dari Zhongshan, China itu dilihat duduk atas bangku plastik dalam peti sejuk menjadi tular di media sosial China sejak 31 Mei lalu.

“no aircond, no problem!”, video lelaki duduk dalam peti sejuk kini tular

Tidak dapat dipastikan berapa lama lelaki itu berada dalam peti sejuk itu, namun sudah semestinya dia kelihatan amat selesa kerana dilihat sedang bermain telefon pintar. Malah, lelaki itu turut dilihat boleh keluar dari peti sejuk itu dengan menolak pintu menggunakan lututnya sahaja.

 

Menurut laporan, suhu di bandar Zhongshan mencecah 37.9 darjah Celsius pada 31 Mei lalu, hinggakan amaran dikeluarkan pihak berkuasa yang menasihatkan agar aktiviti luar semasa gelombang panas ketika ini dihadkan.

“no aircond, no problem!”, video lelaki duduk dalam peti sejuk kini tular

Sumber: Kosmo!