Lebih 40 Tahun Lelaki Ini Tak Pernah Jumpa Wanita

Seorang lelaki dari Vietnam telah menghabiskan masa 41 tahun dengan hidup dan tinggal dalam hutan, hingga digelar sebagai Tarzan moden.

lebih 40 tahun lelaki ini tak pernah jumpa wanita

Ho Van Lang, 46, lari ke dalam hutan bersama ayah dan adiknya pada tahun 1972 apabila Perang Vietnam meletus.

lebih 40 tahun lelaki ini tak pernah jumpa wanita

Disebabkan hidup ditemani dua lelaki, Ho tidak pernah sekalipun bertemu dengan wanita dan didakwa tidak mempunyai nafsu pada jantina berbeza.

 

Selepas 40 tahun, pada tahun 2015 keluarga ini telah diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam.

lebih 40 tahun lelaki ini tak pernah jumpa wanita

Menurut seorang jurugambar yang pernah bertemu Ho, lelaki itu masih berdepan masalah membezakan antara lelaki dan wanita kerana padanya kedua-dua adalah sama sahaja.

lebih 40 tahun lelaki ini tak pernah jumpa wanita

“Ho juga seorang yang sangat lurus dan tidak tahu antara baik atau buruk. Jika ada yang menyuruh dia memukul orang, dia akan melakukannya tanpa banyak soalan.

“Wajahnya juga masih kelihatan seperti kanak-kanak kerana menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dalam hutan,” kata jurugambar itu dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Kosmo!