Kesian, Lelaki Ini Dituduh Guna ‘Bahasa Aneh’ Tapi Rupanya Persamaan Matematik

Seorang lelaki yang juga profesor ekonomi dari University of Pennsylvania telah melalui satu detik yang tidak dapat dilupakannya sepanjang hayat ketika menaiki pesawat.

kesian, lelaki ini dituduh guna ‘bahasa aneh’ tapi rupanya persamaan matematik

Guido Menzio menceritakan situasi bilamana beliau duduk dalam pesawat American Airlines sedang dalam perjalanan dari Philadelphia menuju ke Syracuse dan duduk disebelah seorang penumpang wanita.

 

Sebelum penerbangan, Guido menumpukan perhatian kepada satu penyelesaian persamaan Matematik diatas kertas, namun tidak menyedari tindakannya itu diperhatikan penumpang sebelah.

kesian, lelaki ini dituduh guna ‘bahasa aneh’ tapi rupanya persamaan matematik

Ia membuatkan penumpang wanita yang duduk disebelahnya meminta anak kapal mengiringnya keluar kerana berasa tidak selamat dengan lelaki berkenaan yang dikatakan menggunakan bahasa sangat aneh malah dituduhnya sebagai seorang pengganas.

 

Keadaan itu menyebabkan Guido ditahan dan diperiksa oleh pihak berkuasa yang akhirnya mengesahkan ia hanyalah satu persamaan matematik, bukanlah satu bahasa aneh seperti didakwa wanita berkenaan.

 

Penerbangan itu telah ditunda lebih satu jam setengah gara-gara insiden berkenaan. Wanita yang duduk disebelahnya merasa malu, lalu mengambil penerbangan menggunakan pesawat lain.

kesian, lelaki ini dituduh guna ‘bahasa aneh’ tapi rupanya persamaan matematik

Perkongsian Guido itu telah menarik perhatian ramai warganet yang turut meluahkan rasa simpati, sambil meminta agar orang ramai lebih peka dan tidak terburu-buru menuduh seseorang dengan perkara yang tidak diketahui kebenarannya.

 

Sumber: Daily Star