Lelaki di India Cipta ‘Car Copter’, Namun Ia Bukan Seperti Anda Harapkan

Seorang lelaki di Uttar Pradesh, India telah mencuri perhatian ramai selepas berjaya mencipta kenderaan yang disebutnya sebagai ‘Car Copter’.

lelaki di india cipta ‘car copter’, namun ia bukan seperti anda harapkan

Car Copter adalah gabungan kereta jenis Maruti Suzuki Wagon R dan helikopter, yang menggunakan bilah sebenar disambung pada bahagian bumbungnya.

 

Lelaki itu, Ishwar Deen, menyambungkan bilah helikopter tersebut terus pada bumbung kereta, dan bahagian dalamnnya disambung pada boot kenderaan. Ia dibina dalam masa dua bulan dengan kos mencecah sehingga RM14,000.

 

Bagaimanapun ia tidaklah boleh terbang seperti helikopter biasa, sebaliknya lelaki berkenaan mahu menyewakan ia kepada sesiapa sahaja yang mahu menggunakanya demi menampung perbelanjaan keluarga.

 

Undang-undang negara India bagaimanapun melarang pengubahsuaian tanpa izin seperti ini seperti yang tertakluk pada Akta Kenderaan Bermotor di negara itu.

 

Sumber: Interesting Engineering