Lelaki Botak Kini Berambut Semula Lepas Henti Guna Syampu

Seorang lelaki yang dahulunya botak mendakwa kini rambutnya tumbuh lebat hanya kerana berhenti menggunakan syampu.

.

Nick Coetzee berkata dia mula kehilangan rambut sejak zaman universiti lagi.

lelaki botak kini berambut semula lepas henti guna syampu

Namun pada suatu hari, dia terfikir untuk menyihatkan rambutnya dengan minyak semula jadi kerana mempunyai masalah rambut kusut dan bergumpal. Sejak dari itu, dia berhenti menggunakan syampu dan pencuci rambut.

.

Tidak lama kemudian, beliau menyedari terdapat perbezaan pada rambutnya selepas dia berhenti menggunakan syampu serta pencuci rambut.

.

“Sangat mengejutkan kerana rambut saya kini menjadi lebih sihat dan lebat berbanding sebelum ini.

“Anda mungkin berfikir jika berhenti mencuci rambut, rambut akan menjadi akan menjadi berminyak. Namun, saya dapati rambut menjadi lebih sihat dan saya sudah buktikan selama tiga minggu.

“Minyak semula jadi daripada rambut akan menjadikan rambut anda lebih sihat dengan menyingkirkan semua bahan kimia syampu, sekali gus anda tidak perlu mencucinya lagi,” kongsinya menerusi video di TikTok.

.

Video itu mendapat lebih 10.5 juta tontonan dengan pelbagai komen dari warganet.

.

Pada hakikatnya, bukan amalan mencuci rambut yang menyebabkan rambut cepat gugur, tetapi syampu berasaskan kimia yang kita gunakan boleh menyebabkan rambut menjadi kering serta rapuh, dan akhirnya menyebabkan rambut gugur. Ramai pakar rambut bersetuju bahawa mencuci rambut setiap hari dengan syampu jenis lembut akan meningkatkan kesihatannya, bergantung pada jenis rambut.

.

Sumber: [1]