Lelaki ‘Bengang’ Isteri Habis Duit Belanja RM100 Dalam Sebulan

Seorang lelaki di Indonesia ‘bengang’ dengan sikap ‘boros’ isterinya yang dikatakan menghabiskan duit belanja bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) dalam tempoh 25 hari.

lelaki ‘bengang’ isteri habis duit belanja rm100 dalam sebulan

Memetik laporan Wolipop, lelaki terbabit berasa marah kerana isterinya menghabiskan wang tersebut dalam masa 25 hari sedangkan ia adalah duit belanja yang sepatutnya digunakan untuk sebulan.

“Diberi duit belanja 350,000 rupiah (RM106), baru 25 hari sudah habis digunakan sedangkan itu duit bulanan.

“Sebagai suami, saya hairan bagaimana dia membelanjakan wang secara boros begitu. Apabila ditanya ke mana habisnya duit, dia marah, mengamuk, mengugut, mogok enggan masak dan macam-macam lagi.

“Boros dan cepat naik marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau berkahwin lagi,” ujarnya.

Rata-ratanya, ramai netizen yang tidak berpihak pada lelaki itu.

Menurut mereka, jumlah wang tersebut sudah tidak relevan dengan kos hidup zaman sekarang.

“Anda fikir barang kelengkapan atau makanan murah sekarang? Cuba fikir, sekarang ini tahun berapa, semua barangan sudah naik harga. Cuba anda jadi suri rumah dan pergi ke pasar,” ujar seorang netizen.

“Semoga semua wanita dijauhkan dengan lelaki seperti ini,” tulis seorang lagi pengguna.

 

 Sumber: Kosmo