Lelaki Ini Lekat Gam Kuat Pada Pintu Pusat Vaksinasi, 500 Orang Terlepas Janji Temu

Seorang lelaki dari United Kingdom telah ditahan atas kesalahan dengan sengaja meletakkan gam kuat (superglue) pada pintu pusat vaksinasi, hingga menyebabkan kira-kira 500 individu terlepas temu janji vaksinasi mereka.

lelaki ini lekat gam kuat pada pintu pusat vaksinasi, 500 orang terlepas janji temu

Lelaki berusia 53 tahun itu mengaku bersalah melakukan jenayah kerosakan pada Jumaat lalu dengan sengaja menuangkan gam kuat ke dalam lubang kunci premis, hingga pintu tidak dapat dibuka.

 

Lelaki itu yang juga seorang anti-vaksin, mengaku membuat kacau ditempat awam dengan menghalang lebih 500 individu untuk menerima dos penggalak COVID-19 pada hari berkenaan.

 

Beliau juga menghadapi tuduhan kedua kerana memiliki dadah kelas B selepas sejumlah ganja turut ditemui di rumahnya. Akibat daripada itu, lelaki itu dihukum penjara tiga bulan.

lelaki ini lekat gam kuat pada pintu pusat vaksinasi, 500 orang terlepas janji temu

Terdahulu, kelibat lelaki tersebut berjaya dikenalpasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat vaksinasi, sebelum ditahan pada Selasa.

 

Sumber: Mirror UK