Majlis Nikah Lee Min-ho Dengan Gadis Indonesia Jadi Tular

Gara-gara mempunyai nama yang sama dengan aktor popular Korea Selatan, seorang lelaki yang bernama Lee Min-ho telah mencuri perhatian ramai kerana dilaporkan bernikah dengan seorang gadis dari Indonesia.

majlis nikah lee min-ho dengan gadis indonesia jadi tular

Kejadian berlaku selepas video perkahwinan Min-ho yang dilahirkan dari Korea Selatan, bersama pasangannya bernama Puput menjadi tular di media sosial.

.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dilihat melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih.

Min-ho telah menyediakan hantaran berupa satu unit apartment, sebuah kereta berjenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram.

.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut apabila terbaca kisah pernikahan Min-ho yang disangka aktor popular Korea Selatan dengan gadis dari Indonesia itu, namun terhibur kerana rupanya hanya nama mereka sahaja yang kebetulan sama.

.

Sumber: [1]