Lantai Tarian Ini Tukar Haba Penari Kepada Sumber Tenaga Baharu

Adakah anda suka menari ketika di masa lapang? Tahukah anda tarian anda itu boleh menjana tenaga baharu dan digunakan sebagai pengganti kepada sumber elektrik?

lantai tarian ini tukar haba penari kepada sumber tenaga baharu

Bertempat di Glasgow, Scotland, satu lantai khas telah dicipta dimana ia akan menukarkan haba yang dihasilkan oleh penari kepada sumber tenaga baharu.

 

SWG3 memperkenalkan ‘Bodyheat’, satu lantai khas yang berfungsi menyerap haba oleh penari diatasnya kepada tenaga. Ia adalah hasil kerjasama SWG3 dan syarikat geo-termal, TownRock Energy.

 

Ujar pengasasnya, David Townsend, minima tenaga yang dihasilkan oleh setiap penari diatas lantai khas ini adalah sehingga 250W, dan ia boleh meningkat kepada 500-600W tenaga haba. Tenaga haba ini seterusnya dikumpulkan dalam bekas pengkumpulan khas yang diletakkan dibawah tanah.

 

Dengan ciptaan ini, jika ia diperluaskan kepada kawasan sekitar Scotland dan UK, mungkin ia dapat menjimatkan bil elektrik pengguna dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

Sumber: OC