Tak Sedar Diri Hamil, Wanita Sakit Perut Lahir Anak Dalam Tandas

Seorang wanita yang tidak menyedari dirinya hamil telah melahirkan anak dalam tandas sebuah pesawat kerana disangka sakit perut.

tak sedar diri hamil, wanita sakit perut lahir anak dalam tandas

Kejadian berlaku selepas wanita yang dikenali sebagai Tamara melakukan penerbangan dari Madrid, Sepanyol menaiki pesawat milik syarikat KLM Belanda yang perlu transit di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam,

 

Ketika kejadian, Tamara pergi ke tandas kerana mengalami sakit perut beberapa jam sebelum pesawat itu mendarat di lapangan terbang tersebut.

 

Namun beliau tidak menyangka telah melahirkan anak semasa berada ditandas pesawat itu.

tak sedar diri hamil, wanita sakit perut lahir anak dalam tandas

Mujur ketika kejadian, terdapat dua doktor dan seorang jururawat dalam penerbangan yang datang membantunya.

 

Anak yang dilahirkan juga sihat dan selamat. Tamara turut memberikan nama anaknya Maximiliano sempena nama salah seorang doktor dalam penerbangan itu.

 

Untuk rekod, syarikat penerbangan mempunyai polisi ketat yang melarang wanita sarat daripada menaiki pesawat kerana mempunyai risiko tinggi serta bahaya untuk bersalin di udara.

 

Sumber: Kosmo!